Masyuk

Khamis, 15 Oktober 2020

Bakal Kembali





Setelah 4 tahun menyepi dari dunia blog insha Allah aku Akan kembali semula menyinari duniaku yg telah lama aku tinggalkan... Tunggu....

#AkuDenganDuniaku

Ahad, 21 Ogos 2016

Kek Butter Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin sikit nak buat Kek butter disebabkan permintaan dari anak buah aku yang nak makan kek lagi katanya. Resipi kek butter ni memang senang dan sedap rasanya tak berapa manis sangat memang sedang-sedang jer rasanya pastu lembut pulak tu rasanya.



Cara memasak kek dengan menggunakan periuk noxxa ni cuma tekankan butang "steam" sebanyak 25kali lepas tu penutup tu pusingkan kepada "steam" juga tapi bentuk permukaan kek tu memang macam permukaan bulan rasanya.



Walaupun permukaan tak berapa nak cantik tapi sedap dimakan memang sekejapan jer kek ni habis aku pun dapat merasa sepotong jer xper nanti kalau rajin aku buat lagi yer anak-anak.



rupa bentuk kek yang sudah dipotong memang menarik cantik pulak tu (puji kek sendiri masak la pulak) ada aku kesah... eheheheee

Resipi:-
1 buku butter (aku guna farmcow jer)
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko dan pewarna merah/hijau

Cara-caranya:-
1. pukul butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak gunakan speed yang paling perlahan yer 
4. masukkan 1 sudu esen vanila 
5. bahagikan batter kepada 3 bahagian dan warnakan 
6. Masukkan batter kedalam periuk noxxa yang telah dilenserkan dengan majerin mengikut kretiviti korang yer nak corak macam mana
7. steam kan selama 25 minit
8. tunggu sejuk dan keluarkan.

kalau rajin korang buatlah 

Khamis, 18 Ogos 2016

Teater Mencari Sumaiyah



Salam semua,
Hari minggu lepas aku dapat tiket percuma menonton Teater Mencari Sumaiyah di Istana Budaya. Kebetulan aku ada aku ada dekat KL ni memang rezeki aku lah dapat tonton teater ni hari tu. Teater Mencari Sumaiyah ni menceritakan semangat sekumpulan gadis kampung yang ingin berjaya untuk mendapatkan wang sebanyak RM1juta dari pertandingan fesyen di Kuala Lumpur. Bagi aku teater ni sebenarnya mengisahkan semangat perpaduan, setiakawan, dan kegigihan yang perlu ada dalam setiap orang tak kira umur, jantina dan pangkat. Sekali jatuh tidak bermakna akan terus jatuh kita mestilah berusaha untuk menaikkan diri kita kembali dan harus belajar dari pengalaman dan bagi aku pengalaman yang dapat mengajar erti kehidupan kita. 



Tiker percuma Teater Mencari Sumaiyah

 Sebelum Teater Mencari Sumaiyah bermula


 Barisan pelakon yang mantap iaitu Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sherry Al- Hadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim, Aisya Hasna, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Lokonan mereka semua memang mantap ditambah dengan suara mereka yang merdu didengar sewaktu mereka bernyanyi. 


 Fauziah Nawi membawa watak sebagai seorang Dato tapi ada persoalan dari salah seorang dari mereka "kalau dia Dato suami dia Datin ker??


  
  
Kamdar adalah antara penaja utama teater ini tu pasal banyak gulung kain yang dijadikan prop dekat Istana Budaya waktu tu patutnya hari terakhir tu kasi lah kat aku segulung dua kan... eheheheh

Selain itu Teater Mencari Sumaiyah ini juga ditaja oleh Puter Umno Malaysia tu pasal waktu aku tengok teater ni ramai yang berbaju merah jambu dan warna merah putih tapi aku dapat tiket ni dari artis yang berlakon teater ni yer bukan dari orang lain... eheheheheh

Selasa, 16 Ogos 2016

PROMO VOUCHER BAYOU LAGOON PARK RESORT




Salam semua,
Masih ingat lagi dengan entry aku pasal PROMO VOUCHER BAYOU LAGOON PARK RESORT tempoh hari kalau tak ingat korang boleh KLIK SINI nak tengok entry yang lepas. Memandangkan member aku dah kasi "green light" pasal promo voucher ni aku nak bagi tau yang promo voucher dah boleh tempah dengan aku caranya adalah:- 

1. Buat pembayaran penuh waktu booking 
2. Whatsapp bukti pembayaran kat aku 
3. Korang akan dapat voucher tersebut seawal-awalnya pada 01/09/2016




harga pulak macam kat bawah ni yer kawan-kawan:- 

STUDIO ROOM -RM158
Included,
* 1 Studio Room
* 2 Breakfast
* 2 Waterpark entrance
* Weekday - RM158nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM50 (surcharge)

2 BEDROOM APARTMENT - RM265 
Included,
* 2 Bedrooms Apartment
* 4 Breakfast
* 4 Waterpark entrance 
* Weekday - RM265 nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM70 (surcharge)

3 BEDROOM APARTMENT - RM365 
* 3 Bedrooms Apartment
* 6 Breakfast
* 6 Waterpark entrance 
* Weekday - RM365 nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM90 (surcharge)

Add on :-
* Breakfast (Adult)- RM25
* Breakfast (Child)- RM20

* Waterpark (Adult)- RM22 (BUY 1 FREE 1)
* Waterpark (Child)- RM16 (BUY 1 FREE 1)
* Waterpark (Sen.)- RM11 nett


* Bayou 9D Theatre - RM16




Menarikkan Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil, Melaka ni kengkawan

Lokasi nya pula berhampiran dengan Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia jadi sambil berehat korang boleh lepak-lepak santai di tempat-tempat yang menarik di Negeri Melaka yang terkenal dengan dondang sayang ni kan.


Jadi kalau korang Berminat boleh pm sy @ Whatsapp +6011-23639807

Cod free (collect area Setiawangsa / Taman Keramat / Jalan Tun Razak  / Jalan Gombak / Wangsa Maju)

Postage +rm7

VOUCHERS VALID UNTIL 01/03/2017 (DEKAT 2 TAHUN TU)

PM ATAU WHATSAPP +6011-23639807

PROMOSI TAMAT 30 OGOS 2016

Ahad, 14 Ogos 2016

Kek Marble Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin pulak nak masak kek marble. Kek marble adalah kek yang paling aku suka (dasar tekak kampung) terutamanya makan waktu panas-panas kena pulak yang bahagian tergaring sikit tu memang menjadi kesukaan aku lah. Selalunya aku membakar kek menggunakan ketuhar tapi kali ini aku mencuba menggunakan periuk noxxa yang tengah popular sekarang ni. 
Resipi aku guna resipi yang biasa aku buat alah kalau nak resipi korang google jer resipinya mesti banyak korang jumpa nanti. 



Inilah rupanya periuk noxxa yang menjadi sebutan kaum ibu sekarang ni memang berbaloi beli benda alah ni tapi aku pun pinjam dari kakak aku jer.


 
 Cara memasak kek menggunakan periuk noxxa ni dah siap adunan kek tadi korang cuma masukkan dalam periuk noxxa yang telah di sapukan dengan magerin tu lepas tu tutup periuk itu dengan betul tekankan butang "steam" sebanyak 30 kali bermakna kek tersebut akan dimasak dalam masa 30 minit lamanya kemudian pusingkan tombol diatas penutup periuk noxxa tu ke bahagian "steam" juga dalam waktu memasak tu periuk itu akan berbunyi " tit tit tit tit " korang abaikan jer bunyi tu tunggu jer sampai kek masak sudah tu tunggu sejuk dan keluarkan kek korang tu yer.

Kali ni malas nak buat corak bunga-bunga just campak-campak jer adunan kedalam periuk noxxa tu. Permukaan kek tak licin macam permukaan bulan jer tapi aku makan sedap jer bukan untuk berniaga pun cuma untuk makan sendiri jer bolehlah dari beli jer periuk noxxa tu tapi tak guna buat perhiasan jer.


Lepas dah potong macam ni lah bentu nyer aku makan sampai 2 potong yer sebab aku mmg suka makan kek marble ni. Insha Allah esok kalau rajin nak buat kek oren pulak itupun kalau rajin yer.


Khamis, 11 Ogos 2016

(AL-FATIHAH) Pelakon dan Pelawak Veteran Meninggal Dunia



Salam semua,
Korang semua mesti dah tahukan pelakon dan pelawak veteran Malaysia Pak Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar telah kembali kerahmatullah hari ini 11 Ogos 2014 hari Khamis pada jam 9.00 malam. Allahyarham meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang akibat sakit tua. Difahamkan juga Allahyarham akan dikebumikan esok usai solat Jumaat. 

Aku suka lakonan allahyarham Pak Pie dalam semua filem Mami Jarum memang sempoi lakonan allahyarham tapi penuh dengan maksud yang ingin disampaikan



 Dua orang sahabat karib Allahyarham Pak Pie dan Allahyarham Pak Maidin



Semoga roh Allahyarham Shafiee Jaafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendak-Nya.


p/s - gambar aku ambil dari google jer