Masyuk

Ahad, 10 Oktober 2010

10-10-10 - Membadak




Salam 1 Malaysia semua, ada apa dengan 10-10-10 ni. bagi aku tarikh tak memainkan peranan yang terlalu penting sangatlah dalam hidup aku ni cuma ada tarikh-tarikh tertentu jer la yang aku ingat antaranya adalah tarikh lahir aku, tarikh arwah mak aku meninggal etc. Macam separuh orang ada yang cakap nak melakar sejarah bagailah hari ni. Aku cuma melakar peta jer kat bantal aku, apa lagi cuti-cuti cam ni MEMBADAK jer lah kerja aku lepas tu yang lain dok sibuk melayan Persandingan Angkasawan Negara Datuk Dr. Syeikh Muszaphar dengan Datin Dr. Harlina Yunus di PICC secara langsung di TV3 tu aku cuma terperap dalam bilik sibuk dok berblogwalking ke "teratak" kawan-kawan yang lain.



Selamat Pengantin Baru semoga kekal sehingga menutup mata dan menjadi keluarga yang sakinah.


Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Gambar persandingan Datuk Dr. Syeikh Muszaphar dan Datin Dr. Harlina Yunus ini diambil dari Blog Kak Ina KL.




p/s - Tahniah kepada member sekerja aku si Liana yang bertunang hari ini semoga berjaya menempuh dugaan setelah menjadi tunangan orang plak yer.


0 comments: