Masyuk

Selasa, 26 Oktober 2010

Gempa Mentawai 25 Oktober 2010




Selamat pagi kepada semua kengkawan, Jangan terkejut aku menghapdet blog dipagi hari begini. Kali ini Wilayah Sumatera Barat digoncang lagi dengan gempa bumi. Gempa yang berkuatan sebanyak 7.2 skala ritcher (SR) berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada 25 Oktober 2010 pada jam 9.42malam waktu tempatan. Difahamkan gempa yang dirasakan tidak begitu kuat penduduk Daerah Mukomuko, Bengkulu tetap panik dan terus lari dari rumah masing masing. Pada mulanya amaran Tsunami dikeluarkan tetapi telah ditarik balik oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) 30minit kemudian.


Mulanya aku membaca status yang diupdate Bunda Nismah di Facebook.
Lepas tu terus aku google mengenainya untuk mendapatkan info.


PekanBaru jauh dengan Pulau Mentawai akan tetapi kalau gempa pasti terasa kerana ianya 1 pulau iaitu Pulau Sumatera.


Gempa singkat ini terjadi di kedalaman 10 kilometer di 78 kilometer barat daya Pagai Selatan, Mentawai, atau 174 kilometer Mukomuko, Bengkulu. Gempa tepatnya di 3,61 lintang selatan dan 99,93 bujur timur



p/s - Semoga semuanya selamat dah dilindunggi oleh Allah S.W.T
- Jadi ke aku ke Padang & Bukittinggi, Sumatera Barat lepas Raya Haji ni hajat hati memang nak ke sana pun
- Malam ni aku tak boleh tidur sebab kipas aku memang rosak ikutkan nak pergi beli tadi tapi tak sempat mana boleh tidur dalam kepanasan di temani nyamuk merempit di telingaku.





1 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

semoga mereka di sana diberikan kekuatan menghadapi dugaan sebegitu...