Masyuk

Ahad, 8 April 2012

Resepi Puding Caramel




 


Salam semua,
Dalam orang lain sibuk tengak keputusan Anugerah Berita Harian 2012 secara langsung aku pun sibuk walaupun tak sibuk mana buat puding karamel yang diminta oleh along mungkin minah tu mengidam kot aku layankan jer sebab buat benda tu senang jer kan kalau renyah tu memang tak lah aku nak layan buat benda alah ni pergilah beli dekat kedai senang sikit.

Resepi Puding Karamel ni aku cilok dari Kak Ina KL jer senang wey nak buatnya.

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar


Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

 




 
Bahagian tepi tak licinlah mungkin sebab api kuat sangat kot waktu kukus tu tapi blah dalam waktu potong tu memang cantik licin jer.


 Budak demam ni sibuk jer nak godek-godek kuih tu.


Minah ni la ngidam nak makan puding caramel ni gamaknya. makan ko sampai lebam mak enon. 
ahhahahaa

0 comments: