Masyuk

Jumaat, 9 November 2012

Kempen Menderma Darah



Salam semua,
Selamat berhujung minggu pada kalian semua, Hari Rabu yang lepas tempat kerja aku telah mengadakan kempen derma darah. Oleh itu aku pun turut sama menjayakan kempem ini lagi pun aku rasa tak rugi kot untuk menderma darah ni insyaallah kalau tak ada aral melintang dan kesihatan yang baik aku akan terus menderma darah ni lagi pula ini bukan kali pertama aku menderma darah dah banyak kali gak lah kalau tak silap aku ini dah kali ke-7 aku menderma darah tapi aku tak simpan buku tu tah manalah aku campakkan buku aku tu kena carik balik ni.



 Semangat waja hendak menderma darah kakak-kakak tempat kerja aku ni.


Sebelum tu kenalah register dulu baru boleh nak menderma darah tu.


 Kepada yang tidak tahu jenis darah anda bolehlah membuat ujian dulu darah aku jenis O

 Periksa tekanan darah dulu kalau tekanan darah tak stabil tak boleh derma darah juga.


 
Pastu register barang-barang untuk menderma darah tu tag kena betul takut tertukar darah dengan orang lain pulak.






 Ramai juga yang sudi menderma darah.


p/s - jangan takut nak derma darah ok.




0 comments: