Masyuk

Rabu, 24 Julai 2013

Seniwati Datin Hajjah Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur



Salam semua,
Seniwati Datin Hajjah Umi Kalthum meninggal dunia dalam tidur awal pagi ini. Allahyarhamah disedari telah meninggal dunia oleh anak sulungnya ketika anak sulungnya hendak mengejutkan beliau untuk bersahur. Sebenarnya aku memang suka dengan lakonan Allahyarhamah beliau seorang pelakon yang versatile bagi aku sebab allahyarhamah bisa membawa pelbagai watak terutamanya watak antagonis dan filem lakonan beliau yang aku minati adalah filem bawang putih bawang merah dan filem tunang pak dukun. Selain itu allahyarhamah juga boleh menyanyi dengan baik terutamanya lagu didalam dialek minang antara lagu nyanyian allahyarhamah yang popular adalah Tunang Pak Dukun, Anak Daro dan Pulang Merantau ketiga-tiga lagu ni memang aku dah download sebelum ini sebab aku memang minat dengan allahyarhamah.  Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Aku memang minat dengan pelakon-pelakon veteran ni yer sebab aku pun kaki layan juga filem-filem klasik zaman Jalan Ampas bagai. Selain itu aku selalu melawat ke laman web Filem Klasik Malaysia yang banyak berkongsi mengenai filem-filem klasik lama. Ramai juga artis veteran lain yang aku minat antaranya adalah Momo Latif, Neng Yatimah, Aini Jasmin, "Pendekar Bujang Lapok", S Kadarisman dan ramai lagi.





 Keratan dari Forum Cari.com.my


Walaupun usia allahyarhamah 81 tahun tapi allahyarhamah masih kelihatan cantik, majalah antarabangsa terkemuka, Life juga pernah menobatkan Allahyarhamah Datin Hajjah Umi Kalthum sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia oleh majalah The Asiz magazine yang berpengkalan di Australia
 

1 comments:

Chitty Boy and Me berkata...Best Blogger Tips

Hi, minta tolong e-mel nama dan alamat anda ke emel saya : satya9783@gmail.com sebab nak hantar hadiah giveaway blog : Chitty Boy and Me.